Wednesday 16 May 2012

Virus Baru : Malware DNS Changer



Apa itu DNS Charger?animated new buttons gifs


DNS Charger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.

Apakah itu Malware DNS Charger?

Pada November 2011 malware ini dikesan DNS Changer  ialah sejenis Trojan yang akan mengubah tetapan Domain Name Server (DNS) computer yang dijangkiti dalam usaha mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki. Trojan ini kebiasaanya merupakan fail bersaiz kecil (sekitar 1.5 kilobytes) yang direka untuk menukar nilai kunci pendaftaran ‘nameserver’ kepada alamat IP tersendiri. Alamat IP ini biasanya telah di Encrypt didalam fail Trojan tersebut. Hasil daripada perubahan ini, komputer  mangsa akan menghubungi pelayan DNS yang baru(yang telah diubah tetapan oleh DNS Changer) untuk menasirkan nama pelayan web kepada IP yang berlainan. Virus ini juga menyerang sistem Operasi Window dan Macintos.

Monday 30 April 2012

Keselamatan Komputer



Pengenalan

Fungsi komputer yang mana bekerja dalam bentuk digital (1 dan 0), menyebabkan ia mudah di tembusi dan sering terdedah kepada bermacam-macam ancaman. Maka dengan itu, blog ini diwujudkan bagi membantu pengguna dan pelajar untuk mengetahui tentang ancaman-ancaman dan keselamatan dalam menggunakan komputer. Ancaman ini memberikan kesan  negatif kepada kita lebih-lebih lagi jika ini adalah seorang ahli perniagaan yang sentiasa bekerja dengan komputer. Kerugian besar mungkin berlaku samada dari segi wang, harta, masa dan sebagainya. Dimana-mana sahaja, keselamatan terhadap komputer adalah amat dititikberatkan walaupun kita ini tidak terlibat dalam perniagaan.


Ancaman



Apakah itu Ancaman?
Ancaman adalah suatu keadaan yang berpotensi yang membenarkan sistem komputer kita untuk dirosakkan. Terdapat 4 jenis ancaman iaitu:

  1. Interception - Iaitu orang yang tidak dikenali melakukan kekacauan, mencuri data dan merosakkan komputer
  2. Interuption - Iaitu pencurian data melalui komunikasi. Contohnya pengguna A menghantar data kepada pengguna B melalui email, tetapi semasa penghantaran antara pengguna A dan pengguna B, berlaku kecurian data.
  3. Modification - Data yang dihantar antara pengguna A dan pengguna B telah diubah semasa penghantaran data antara pengguna A dan pengguna B.
  4. Fabrication - Data yang dihantar antara pengguna A dan pengguna B telah ditambah iaitu buat apa yang takda didalam data, perlu menggunakan skill untuk mengubahnya.
green animated imageKonsep seterusnya adalah vulnerability/kebocoran. Vulnerability merujuk kepada suatu perlindungan yang lemah kepada komputer yang mana ianya mudah untuk diserang. Perlindungan haruslah diberikan perhatian kepada hardware/perkakasan, software/perisian dan juga data.

green animated image Hardware haruslah dilindungi agar ianya tidak mendapat serangan..kemungkinan serangan ialah  seperti kecurian ataupun kerosakan. Cara mencegahnya seperti memasang kunci pada pintu bilik menggunakan mangga (pengunci) ataupun perkakasan elektronik yang meminta kod daripada pengguna untuk masuk ke bilik.

green animated image Serangan pada perisian pula ialah merosakkan perisian tersebut dengan cara menghantar virus untuk makan confignya. Cconfig penting untuk melarikan perisian tersebut.cara pencegahan pelulah ada contribution manager software utiliti yang menjaga software berkenaan.



Wednesday 11 April 2012

Jenis - Jenis Ancaman Komputer

Virus 

Satu program atau kod yang membiak dengan menjangkiti fail atau program lain di dalam komputer tanpa disedari
Contoh :
        •  Virus di dalam ‘windows’ dan ‘hard disk’
  Merebak menerusi e-mel, disket, ‘pendrive’ 

Cecacing (Worm)

Satu program yang berupaya membiak dengan menyalin dirinya sendiri. Ia tidak perlu menjangkiti fail-fail atau program-program lain terlebih dahulu.
Contoh :
•   Merebak menerusi sistem rangkaian seperti e-mel dan
     perkongsian ‘folder’
•   Boleh juga merebak menerusi disket dan ‘Pen drive’Cec

Trojan Horse

Program yang menyamar diri kepada program lain sebagai satu mesej atau program tertentu untuk memperdaya pengguna.
Contoh :
•  Mesej yang dipaparkan mengelirukan pengguna.
•  Memberi laluan kepada hacker untuk menggodam komputer.

Adware

Program yang menghantar iklan kepada pengguna melalui “pop-up” atau melalui antaramuka program yang lain.Ia dimuat turun secara disedari atau tidak menerusi ‘shareware’ atau ‘freeware’, atau  ‘email’.

Spyware


Program yang berupaya mengintip dan mengesan maklumat yang terdapat di dalam komputer pengguna
dan aktiviti- aktiviti yang sering mereka lakukan menerusi talian internet. Maklumat yang dikumpul biasanya ‘password’,‘no akaun’, ‘maklumat peribadi ’ untuk dihantar kepada ‘hacker’ 

Huraian sukatan pelajaran

 Huraian Sukatan Pelajaran

Antivirus dan Keselamatan Internet

Tuesday 10 April 2012

Langkah - Langkah Keselamatan Komputer

Pengenalan

Secara umumnya, bagi pengguna komputer biasa mengetahui bahawa komputer memerlukan perisian antivirus bagi menjaga keselamatan komputer mereka. Tetapi masih ramai tidak mengetahui bahawa mempunyai antivirus bukanlah satu-satu aspek yang perlu ada dalam menjaga keselamatan komputer. Terdapat beberapa perkara atau aspek penjagaan komputer yang perlu diambil kira dan ia juga tidak kurang pentingnya. Beberapa perkara di bawah pastinya anda telah ketahui namun perlu diingatkan semula agar dijadikan amalan bagi menjaga keselamatan komputer, data maklumat dan sebagainya.

1. Antivirus - Gunakan yang berlesen dan jika boleh hindarkan perisian antivirus yang percuma. Terdapat ramai pengguna cuba menginstall / memasang antivirus percuma dengan memuat turunnya di internet. Apa yang berlaku, bukan antivirus yang dimuat turun tetapi virus !! Anda juga di saran kuat memasang perisian antispyware.

2. Kata laluan (password) yang kuat. Ini bermakna, kata kunci anda bukan mudah dan dapat difikir oleh orang lain. Sebagai contoh menggunakan nombor ic / kad pengenalan sebagai kata kunci. Terdapat kes di mana rakan sekerja berjaya memasuki email rakannya dengan hanya mencuba nombor ic. Seterusnya dengan begitu banyak aplikasi yang disertai seperti email, facebook, twitter dan sebagainya, adalah tidak digalakkan menggunakan kata laluan yang sama. Dari segi aspek mengingat kata laluan adalah mudah namun dari segi keselamatan, ia tidak praktikal digunakan . Pasti anda sendiri tahu mengapa.

3. Data Backup - Sentiasalah buat  sandaran data (data backup) kerana malang adalah tidak berbau. Antara cara yang mudah adalah menyimpan di dalam cakera keras luaran (external hard disk) dan di dalam thumbdrive. Pastikan juga , data penting tidak disimpan di dalam sistem (local C:). Sebaiknya simpan data di dalam ruang simpan yang lain pada cakera keras (pemacu d: contohnya) Ini kerana jika pc / laptop perlu diformat, hanya pemacu c: yang akan diubah kerana di dalam bahagian inilah sistem komputer disimpan. 

4. Berhati-hati ketika memuat turun - Pastikan hanya kawasan/laman web  untuk memuat turun yang dipercayai selamat sahaja digunakan. Jika tidak pasti, adalah disarankan menggunakan sedikit masa untuk bertanya kepada sesiapa yang mengetahui. Terdapat banyak kes di mana, pengguna tidak sedar memuat turun  bahan yang dikehendaki bersama-sama dengan spyware (pengintip cyber) tanpa disedari. Spyware yang dimuat turun tanpa anda sedar ada yang berupaya memasang sendiri secara automatik ke sisitem komputer anda dan tanpa anda sedar juga mencuri data maklumat anda. Kadang-kadang spyware akan menyebabkan sistem anda rosak dan perlu diformat sebagai jalan terakhir membetulkan komputer/laptop anda.

5. Email yang tidak diketahui punca datang - Email jenis ini juga disebut sebagai SPAM. Email jenis ini biasanya  datang dengan tajuk yang menggoda dan merisaukan anda. Menggoda dengan tawaran hadiah atau wang yang lumayan dan merisaukan anda dengan mengatakan maklumat bank anda perlu untuk dikemaskini kerana jika tidak anda akan menghadapi masalah. 

6Jangan 'online' bila anda tidak 'online' - Jika anda tidak menggunakan komputer, PASTIKAN ia tidak berada dalam keadaan online. Putuskan talian kerana anda tidak akan tahu bila ada seseorang memerhatikan anda. Jika anda tidak sign out sebagai contoh laman bank atau email, maka tidak mustahil ia bakal dicerobohi. Komputer yang terpasang dalam keadaanonline yang terlalu lama juga boleh menyebabkan spyware mengunjungi anda.

7. Tutup komputer dengan cara betul berikan sedikit masa untuk menutup komputer dengan cara yang betul. Menutup komputer secara tergesa-gesa boleh menyebabkan cakera keras(hard disk) anda rosak sedikit demi sedikit. Bagi pengguna laptop, menutup dengan membiarkan ia dalam keadaan standby bakal mempercepatkan lagi laptop anda rosak.